Sunday, April 1, 2012

Baca

aku mula suka membaca. aku membaca untuk mempelajari sesuatu yang baru.
membaca yang dulunya aku anti. tapi sekarang mula menerimanya secara beransur-ansur.

aku gunakan kesempatan rm 200 baucer 1Malaysia untuk beli buku-buku ini.

aku tahu ini permainan kerajaan supaya aku menjadi hamba undi mereka. tetapi aku bukan begitu sekali.

aku mula membaca kadang-kadang bila aku berkawan dengan kesunyian.

aku mula memilih membaca dari mendengar.
kerana mendengar perlu ada dua pihak, kau akan dapat tahu ceritanya sama. tetapi fakta lain-lain.

macam member aku selalu pesan:

"tu la suka sangat dengar cerita orang lain, baca sampai habis dulu"

konklusi : membaca > mendengar